mula-mula sekali...minta maaf lah..sebab saya tidak membawa kamera sebab alasan keselamatan kamera dan diri saya!
ok begini ceritanya....Penerbangan dari LCCT-KLIA pagi tau 9.45 cam tu la..rasanya lah!
lepas jer turun dari pesawat QZ **** terus pergi ke kaunter imigresen.Sebelum pasport diperiksa,ada lah pula sambutan dari unit K-9 Kastam Indonesia...haha..terkejut rasanya anjing berada lebih dekat dari biasa....periksa bau benda terlarang lah kerja anjing tu..hahaha!...saya tidak membawa benda terlarang jadi lepas lah!
check-in di Hotel *****,letak barang...terus menuju ke kedai jual simkad jalanan di jalan?(apa ya saya tidak tahu pula..hahaha)...selepas beli simkad tersebut terus menuju ke Pasar Baru Trade Center...macam 2 tahun lepas jugak sesak dengan orang ramai.Tapi kini keadaannya semakin baik,jika 2 tahun yang lalu dihadapan
Pasar Baru Trade Center itu penuh sesak denyan 2 hingga 3 lapisan sususan motorsikal..tetapi ini tidak lagi..hanya 1 lapisan sahaja.Jika dahulu kurang dapat melihat Polis kini sudah bersepah sana sini polis.Rasanya lebih selamat sedikit.
Kini lebih selamat melintas dia hadapan Pasar Baru Trade Center yang penuh sibuk dengan lalu lintas yang tidak putus-putus kerana ada pengawal(SATPAM)membantu menahan kenderaan untuk orang melintas.Ini lebih memudahkan pergerakkan orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan