Sabtu, 21 Januari 2012

Mini 4WD : kisahnya Brocken Gigant

Mini 4WD adalah kereta lumba mainan. Terdapat beberapa keluran antaranya Tamiya merupakan pengeluar original dari Jepun. Auldey dan Gokey merupakan pengeluar tiruan dari China dan menghasilkan semula reka bentuk chasis dan badan kereta tersebut sama dengan keluaran Tamiya tetapi harganya jauh lebih murah.
Kegilaan kanak-kanak lewat 90-an dan awal 2000 terhadap Mini 4WD ini diransang oleh rancangan seperti Dash Yonkuro , Let's & Go dan lain-lain. Kereta keluar Tamiya agak mahal pada ketika itu hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu membelinya. Bagi yang kurang mampu seperti saya ketika itu, hanya Auldey boleh mengubat luka. Kerana, kereta keluaran Gokey kualitinya agak rendah dah harganya lebih murah berbanding Auldey. Ketika itu kereta keluaran Auldey hanya sekitar bawah RM 10 sahaja manakala Gokey kalau tidak salah hanya RM 5 sahaja.

Saya teringat 1 kisah lucu, sedih, setiakawan , mahupun fenomena ketika itu. Bermula dengan cerita sedih. Balik sahaja ke Kampung di Kuala Pilah, ramai lah sedara-mara lelaki masing-masing baru sahaja membeli kereta 4WD baru. Saya pada masa itu..budak-budak kecil manalah tahu erti duit..tahu main saja. Lalu memujuk Aayah saya ke Kuala Pilah keesokkan harinya untuk membeli kereta mainan 4WD. Bukannya kereta itu tiada di rumah saya. Tapi untuk menambah koleksi. Lalu ayah saya membawa saya ke Kuala Pilah. Dan ketika itu..hanya kedai itu sahaja menjual kereta 4WD ini...dan saya begitu teruja untuk membeli kereta Gokey (sebab jenama itu sahaja yang dijual di kedai tersebut). Nama kerata itu  Brocken Gigant sebab utama dan kukuh saya cakap dengan ayah saya untuk membeli kereta itu kerana....baru saja semalam tengok aksi kartun Let's & Go kereta Brocken Gigant telah memenangi perlumbaan dan kereta tersebut unik kerana hanya satu-satunya(mungkin) kereta Mini 4WD yang mempunyai enjin di bahagian depan. Hahaha...bangga sungguh kerana ayah membelinya untuk saya.

 Malam pun tiba, dan masa pemasangan. Memandangkan saya tidak tahu pasang,ketika itu. Dan meminta abang sedara yang lebih senior untuk memasangkannya. Entah macam mana...dia pasang, pasang. dan pasang lalu siap. Masukkan bateri...eh! kenapa x berjalan? .... saya tak tahu apa yang dia pasang. Dia memberi alasan sebab tak biasa pasang Mini 4WD enjin depan. Lalu bapa saya marah..cakap macam ini..aku beli mainan mahal-mahal....bateri mahal....sampai rumah main pun tak boleh. Muka semua budak-budak moncong lah kejap kena marah...hahaha...sedih dan lawak pun ada mengigatkan kisah tersebut.Akhirnya kami semua tak jadi main sebab kereta saya x berfungsi. Hnaya menyusun kereta tersebut dan main tolak-tolak. Itu lah kisah Brocken Gigant saya yang tak berfungsi. Agak terkilan juga tak dapat melihat kereta Mini 4WD tersebut bergerak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan