Sabtu, 21 Januari 2012

Mini 4WD : Singapore street, Suka, Shabat Baik

Mini 4WD : Singapore street. Singapore  Street ? eh! dimanakah tempat itu ? HE HE HE. Orang Seremban sila beri tunjuk arah kepada mereka yang hendak ke sana. Mengapa ? Singapore street menjadi perhatian saya mahupun kanal-kanak lain pada ketika itu ? Sebabnya di Singapore Street terletaknya sebuah kedai mainan menjual pelbagai keperluan mainan seorang kanak-kanak. Untuk makluman kedai tersebut masih dibuka sehingga kini 2012. Kerana disitulah bermula titik permulaan mengumpul, membeli Auldey mahupun Gokey, ataupun aksesori seperti bateri Auldey dan Gokey mahupun trek perlumbaan kereta Mini 4WD ini.

Satu perkara tentang aksesori Mini 4WD yang ayah saya beli di Singapore street ialah bateri Auldey 800, merupakan bateri cas yang boleh digunakan berulang kali. Bateri ini menjadi ingatan saya kerana warna nya yang berwarna perang-EMAS tapi sedikit gelap. Dan dikawasan rumah saya, hanya saya sahaja yang memiliki bateri Auldey tersebut, hahaha Bangga lah sikit masa tu. Bukan calang-calang orang mampu membeli batari tersebut yang berharga RM 35 pada ketika itu kalau tak silap. Bukan nak membangga sangat lah, ketika itu kawan-kawan saya ibubapa mereka bekerja sebagai kakitangan awam dengan gaji yang agak rendah ketika itu kebarangkalian hendak MEMBAZIR membeli bateri seperti saya mungkin akan berfikir banyak kali. Pada ketika itu, ayah saya bekerja di sektor swasta, alhamdullilah mampu mengikut kehendak anak sulungnya yang manja.

Kebanyakkan kereta Mini 4WD Auldey saya beli di Singapore street kerana saya suka kedai tersebut sebab banyak pilihan berbanding di pasaraya hanya ada model-model tertentu sahaja. Pada suatu tahun yang gemilang tentang perkembangan Mini 4WD dan hari jadi saya sehari sebelum Malaysia menyambut kemerdekaan. Saya telah meminta ayah saya untuk mebelikan sebuat trek lumba kereta 4WD untuk saya. Dan permintaan tersebut dimakbulkan. Saya membeli trek lumba Mini 4WD jenama Gokey kerana trek itu sahaja yang murah boleh dibeli oleh ayah saya. Nak beli trek lumba jenama Tamiya tidak berkemampuan hanya mampu melihat saja trek lumba besar di Centre Point, Ampangan di hadapan kedai Tamiya (kini sudah beberapa tahun kedai itu ditutup dan tidak tahu berpindah kemana). Trek lumba Mini 4WD saya beli ini buka di kedai Tamiya tapi di kedai pesaingnya yang berada di sama tingkat dengan kedai Tamiya. Trek lumba tersebut berwarna biru kuning berselang-selang. Gembira sungguh di hari kerana selepas ini tak perlu lah saya dan kawan baik saya, Aidil berlumba di longkang yang boleh merosakkan RIM plastik kereta Mini 4WD kami.

Selepas pembelian bersejarah itu, ayah membawa saya menyaksikan ambang MERDEKA tahun saya tak ingat. Kebetulan berjumpa Aidil di bangunan PKNNS,Seremban menghadap padang MPS, lalu saya memberitahunya tengtang trek lumba tersebut. Perasan mengitu teruja kami rasa. Di kedai Tamiya menjual pelbagai aksesori kereta Mini 4WD ini. Yang paling saya ingat ialah enjin PLASMA berwarna hitam dan merah. Wahh! pada ketika itu siapa yang mempunya enjin tersebut kereta mereka akan bergerak lebih laju berbanding kerata lain yang menggunakan enjin standard. Memang laju lah nak kata kereta Mini 4WD yang gunakan enjin tersebut.

Sedang hangat FENOMENA kereta Mini 4WD ini, kedai Tamiya di Centre Point tersebut menanjurkan pertandingan kereta Mini 4WD di trek 4 lane yang besar yang telah disediakan. Saya dan Aidil menyertai atas perasaan suka-suka, saja-saja. Keputusannya kereta saya berwarna kuning baru suku jalan..tayar dan rim nya terbarai sebab sudah teruk retaknya di rim sehinggkan tak dapat mencengkam dengan baik. Aidil ? dapat menghabiskan perlumbaan kalau tak silap.

Selepas pertandingan itu, saya menjadi gerun utuk menyertainya lagi kerana malu terlalu awal keluar. Pada 1 hari yang agak .... GILA rasnya...entah apa GILA ayah saya membawa saya ke kedai mainan yang menjual kereta Mini 4WD di Kuala Pilah. Tauke kedai tersebut hendak menjual kereta Auldey yang sudah siap diubah suai pada harga RM 50 sahaja. Dan reka bentuk kereta tersebut pernah saya saksikan iklan di kaca TV. Dan entah apa GILA nya saya ketika itu....tidak pula mahu membelinya walaupun ayah telah memujuk saya berkali-kali(perangai saya masa zaman budak2 dulu kene pujuk berkali-kali baru nak..haha perangai). Say lansung tiada perasaan terkilan sebab tidak membeli kereta Mini 4WD itu.

Aidil merupakan teman, kawan, sahabat paling baik ketika zaman budak2 dahulu. Jika dimbas kembali..dimana ada saya...di situ ada dia....ada 1 kerja dan eksperimen kami lakukan secara tak sengaja dengan ....(rahsia lah!) haha..dan tak sangka rumput tersebut tumbuh lagi subur dan meghijau dari rumput lain. Terima Kasih Aidil !!! kau lah satu-satunya kawan aku boleh percaya masa dulu berbanding kawan-kawan lain.

(MAAF SEBAB TIADA GAMBAR NAK DILETAKKAN)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan